English | Bahasa Malaysia
 

Newsroom


  
 

Taklimat Pinjaman Pelajaran Perubatan Di Mesir Pada 27hb November 2010, Bertempat Di Auditorium Utama, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Jam 8.30 Pagi
25 November 2010

AmanahRaya dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mengadakan sesi Taklimat Pinjaman Pelajaran Perubatan di Mesir kepada Ibubapa/Penjaga & Penjamin yang ingin memohon tawaran pinjaman ini bertempat di Auditorium Utama, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, pada 27hb November 2010 bermula jam 8.30pagi.

Tujuan utama;

  1. Memaklumkan objektif utama pinjaman ini dibentuk dan mengapa ditawarkan oleh AmanahRaya; Menyumbang dan membantu kepada penyelesaian masalah utama iaitu Ibubapa/Penjaga dan Penjamin tidak mampu untuk membiayai Yuran Pengajian yang dikenakan untuk sesi akan datang oleh Universiti-Universiti di Mesir dengan kenaikan yang mendadak.
     
  2. Semua pihak yang terlibat: Ibubapa/Penjaga & Penjamin kepada Pemohon di galakkan hadir bagi membolehkan mereka mengetahui secara telus dan tidak terpengaruh dengan pihak-pihak yang tiada kaitan dengan Amanah Raya Berhad terutama mengenai konsep pinjaman yang ditawarkan.
     
  3. Mengetahui dan memahami struktur utama pinjaman.
     
  4. Memahami butiran penting mengenai Peranan Ibubapa/Penjaga & Penjamin.
     
  5. Proses-Proses penting yang melibatkan ibubapa/Penjaga & Penjamin.

Taklimat ini PERCUMA dan amat penting kerana AmanahRaya akan memberi penerangan dengan jelas mengenai tawaran pinjaman pelajaran yang dikhususkan pelajar perubatan tahun ke 2 hingga ke tahun 4. Dengan adanya penerangan ini, diharapkan tiada menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan ketidapuasan hati di kalangan Ibubapa/Penjaga dan Penjamin serta manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian, semua yang berkaitan digalakkan untuk hadir pada Sesi Taklimat tersebut.
 

FAKTA PENTING

Sila layari laman sesawang AmanahRaya www.amanahraya.com.my untuk keterangan lanjut.
 

MASA & JADUAL ( 8.30 pagi hingga 12.30 hari)

8.30 pagi Sesi Serahan Borang Permohonan oleh Ibubapa/Penjaga atau Penjamin Pelajar.
  Peringatan Penting: Untuk memastikan pemprosesan dapat dijalankan, Pemohon perlu memastikan dokumen yang diperlukan lengkap dan mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan .
  Permohonan yang diserahkan secara berkumpulan oleh Wakil /Agen atau Syarikat bagi pihak Peminjam tidak akan diterima.
9.30 pagi Taklimat Khas Pinjaman Pelajaran Perubatan di Mesir oleh AmanahRaya Berhad.
11.00 pagi Pemulangan Borang Permohonan
  Dokumen yang tidak lengkap akan dikembalikan pada hari yang sama dan perlu diserahkan semula kepada AmanahRaya (Jabatan Komunikasi Korporat) pada hari ISNIN sebelum jam 5 petang. Kegagalan untuk mematuhi syarat akan mengakibatkan permohonan tidak dapat diterima.

Untuk keterangan lanjut mengenai permohonan , syarat dan terma sila layari laman sesawang AmanahRaya www.amanahraya.com.my atau hubungi Puan Norsyillawaty Juhasu di talian 03 2055 7373 atau Pn Zafrina Saini di talian 03 2055 7408.

 

 

© 2013 AmanahRaya. All rights reserved. | Sitemap | Terms & Conditions | Privacy Policy | AmanahRaya Intranet | Webmail