English | Bahasa Malaysia
 



  
 

 

Saya bagi pihak JKKK Kg Ayer Hitam, Teluk Intan, Perak ingin merakamkan "Penghargaan Dan Terima Kasih" diatas perkhidmatan dan layanan yang sangat cemerlang telah dibuat oleh pihak tuan dalam urusan tuntutan harta pesaka.

Saya juga adalah pelanggan Amanah Raya Berhad dimana saya telah berurusan selaku Ketua Faraid dan wakil keluarga bagi menuntut harta tingallan ayahanda kami melalui pihak tuan.

Selama enam bulan pelbagai proses telah dilakukan dengan pelbagai karenah ahli keluarga telah dapat diselesaikan dengan baik dan terurus oleh pihak tuan. Pengalaman ini akan saya jadikan panduan bagi membantu rakyat kampung khasnya dan rakyat umum amnya untuk mendapatkan perkhidmatan dari pihak Amanah Raya Berhad.

~ Mohamad Din Bin Hussein, 26 August 2010
Kepada Tuan/Puan yang dihormati,
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak tuan kerana menolong saya dengan menjelaskan segala pertanyaan saya melalui telefon ataupun melalui surat. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana menolong rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
~ Rajeswary A/P Sakkrai, 23 August 2010

Dear Sathyah,

Thank you for everything. We'll keep in touch sincerely with good regards.

~ Nurul, 16 August 2010
Saya yang bernama Norhayati binti Kasim penjaga kepada Nur Farra Nabilah binti Yusnizam ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala perkhismatan yang telah diberikan oleh pihak kakitangan Amanah Raya dalama menyelesaikan masalah anak saya.
~ Norhayati binti Kasim, 12 August 2010
Kepada AmanahRaya Berhad, Cawangan Sungai Petani,

Dengan secara hormatnya saya Marzuki B. Ibrahim dan semua adik- beradik yg lain- lain ingin mengucapkan ribuan dan jutaaan terima kasih yg tik terhingga kepada pihak Amanah Raya yg telah menyelesaikan kes saya dengan begitu cepat dan cekap. Saya teramat berbangga dengan kecekapan dan kecepatan Amanah Raya mengendalikan kes sebegini.Oleh itu saya amat berbangga dan percaya akan kebolehan pihak Amanah Raya, menyelesaikan sesuatu kes dengan begitu cepat sekali.

Di sini juga saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kerana menyelesaikan kes saya ini.

Sekian terima kasih.
~ Marzuki B. Ibrahim, 9 August 2010
Kepada AMANAH RAYA LEGACY SERVICES SDN BHD,

Kami, Anizah bt Ibrahim, Hishamuddin Bin Ibrahim dan Khairuddin Bin Ibrahim waris-waris kepada Allahyarham Ibrahim Bin Mohamad dengan ini memberi ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Amanah Raya Legacy Services Sdn Bhd kerana menguruskan hal hal wasiat arwah ayah kami dengan penuh komitmen dan bertanggung jawab lebih-lebih lagi kepada Eksekutif pihak tuan iaitu Cik Rohaizana Idrus.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat meneruskan lagi usaha-usaha bagi meningkatkan taraf mutu kerja dan komitmen diantara pihak tuan dan pelanggan.

Disini sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas komitmen, usaha dan kesabaran yang diberikan oleh pihak tuan dan kami juga ingin mengucapkan

"Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin¡±.

Sekian, terima kasih
~ Anizah bt Ibrahim, 7 August 2010

YBhg Dato'
Dengan segala hormat dan penuh takzimnya saya ingin menjemput perhatian YBhg. Dato'.

Sepertimana pihak YBhg. Dato' sedia maklum, Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Pewira dan Pertahanan Negara (TAPPN) ke-36 telah diadakan pada 23 Jun 2010 di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Aras 2, Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, saya selaku Sekretariat Jawatankuasa Kerja TAPPN amat berpuas hati dengan sumbangan dan bantuan yang telah dapat dihulurkan menerusi TAPPN kepada benefisiari-benifisiari yang layak dalam bentuk bantuan nafkah dan sumbangan saguhati dengan komitmen dan kerjasama padu yang diberikan oleh pihak YBhg. Dato' selaku Pemegang Amanah Dana TAPPN.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas kesungguhan, sumbangan dan keprihatinan yang telah diberikan oleh pihak YBhg. Dato', khususnya kepada Jabatan Amanah ARB yang terdiri daripada Puan Wan Numzila binti Wan Junuh, Pengurus Kenana dan Puan Rosmaidar binti Mustafa, Pegurus dalam menyelia pentadbiran dana TAPPN dengan cekap dan berkesan serta sentiasa bekerjasama baik dengan pihak Sekretariat TAPPN.

Untuk makluman YBhg. Dato' juga, berkat kesungguhan Ahli Jawatankuasa serta wakil daripada pihak YBhg. Dato' dalam menguruskan dana TAPPN, beberapa cadangan telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus TAPPN ke-36 yang lalu untuk dilaksanankan seperti berikut:-

  1. Cadangan mempercepatkan proses permohonana TAPPN kepada penerima yang layak;
  2. Cadangan menaikkan kadar bantuan TAPPN;
  3. Cadangan memanjangkan bantuan TAPPN kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); dan
  4. Cadangan Aktiviti Meningkatkan Dana TAPPN.

Oleh yang demikian, dalam usaha merealisasikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang tersebut, Jawatankuasa Kerja dan sekretariat TAPPN berharap hubungan baik dan kerjasama erat bersama pihak YBhg. Dato' ini diteruskan supaya hasrat murni kewujudan tabung ini dan keputusan yang telah dicapai dapat dilaksanakan dengan jayanya.

~ Dato' Abdullah bin Kassim, 6 August 2010
Kepada Pengurus AmanahRaya Kuantan,.

Dengan rasa bersyukur dan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga saya seperti nama Sdiatas beserta isteri saya Hadijah bt. Awang sangat berpuas hati diatas kerjasama dan budi bicara staff yang telah menguruskan dedikasi / surat wasiat terakhir kami berdua.

Semoga usaha yang murni ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan mendapat rahmat darinya Ishallah.

Sekian, terima kasih.
~ Zakaria B. Abd. Samad, 4 August 2010
Kepada Pengurus AmanahRaya Kuantan,

Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh pegawai Wasiat iaitu Encik Nik Hazwan bin Abdullah. Segala persoalan saya telah terjawab dan saya amat berpuas hati.
~ Nosuryeti binti Abu Bakar, 4 August 2010
I myself and my son Wong Chia How wish to extend our deepest thankful to Puan Norsuhaila Tompang and AmanahRaya Berhad, cawangan Muar for assisting us to claim my deceased wife Lai Kwee Lin's heritage. We are highly appreciated for your prompt action & cooperation in this matter and as such we are able to settle this case in short time.

Your slogan "AmanahRaya - We care" deserved my best compliments.
~ Wong Keng Hong, 1 August 2010
Thank you for your excellent services.
~ Khoo Sien Leng, 1 August 2010
Saya sekeluarga dengan besar hati ingin mengucapkan terima kasih di atas lawatan oleh pihak tuan dari Jabatan Care Management, AmanahRaya ke kediaman kami di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam. Lawatan ini melambangkan keprihatinan pihak AmanahRaya terhadap anak kami dan ianya telah melahirkan satu hubungan yang baik antara pihak keluarga saya dengan pihak AmanahRaya.
~ Mohd Rizam bin Mohamad Amin, 26 July 2010
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan saya kepada Puan Wan Haslina binti Wan Mi kerana telah berjaya mengendalikan permohonan harta pusaka arwah isteri saya sehingga selesai dengan begitu memuaskan sekali.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan AmanahRaya Berhad, Cawangan Selangor yang telah turut sama membantu untuk menyelesaikan permohonan saya ini.
~ Shuib bin Osman, 23 July 2010
Dear Asty,

You are very helpful and kind enough to help me. Thank you very much.
~ Ms Vani, 19 July 2010
Kepada Pengurus AmanahRaya Berhad Kuantan, Pahang,

Saya Sapeen M. Hassan telah datang membuat wasiat untuk saya dan isteri saya. Saya amat berpuas hati di atas layanan dan penjelasan yang diberikan. Segala kemuskilan yang saya ajukan telah terjawab.

Sekian, terima kasih.
~ Sapeen M. Hassan, 15 July 2010
Saya telah mendapat khidmat dari AmanahRaya, cawangan Muar bagi menguruskan pentadbiran harta pesaka mendiang abang saya, Teo Hoon Nang.

Saya ingin menyampaikan rasa puas hati terhadap khidmat yang telah diberikan oleh puan dan kakitangan puan dalam urusan tersebut. Saya menyampaikan penghargaan ini disebabkan saya mendapati puan telah menguruskannya dengan cekap dan cepat. Saya juga berpuas hati terhadap layanan dan kerjasama yang telah diberikan.
Semoga dapat puan terus memberikan khidmat yang baik demi untuk kepentingan semua pihak uang memerlukan khidmat puan dan pelenggan-pelenggan puan.
~ Teo Koon Huat, 9 July 2010
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas anggotakerja tuan iaitu Puan Wan Haslina Binti Wan Mi yang banyak membantu dan memberi khidmat nasihat kepada saya dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan pembahagian harta tersebut.
~ Haji Razak Maldeen K. Haja Maldeen, 5 July 2010
Cik Rokiah,

Congratulation! Keep up the good work!
~ Ong Siew Leng, 21 May 2010
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AmanahRaya Berhad Kawasan Selatan. Setinggi tahniah saya ucapkan kerana telah memberikan layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada kami sebagai pihak yang berurusan dengan pihak tuan/puan. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung tentang pengurusan akaun saya.
~ Noor Farahidayu binti Khamsan, 17 May 2010
Dengan besar hati, saya mengucapkan setinggi jutaan terima kasih kepada Shazlin dan kawan-kawan di pejabat AmanahRaya atas pertolongan yang tidak terhingga. Tugasan yang dilakukan amat sempurna dan cepat serta tepat pada waktu yang diminta.
~ Raja Mohd Khairuddin Shah, 4 May 2010
Saya selaku ibu kepada enam orang anak saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kami sekeluarga di atas segala kerjasama yang diberikan semasa kami berurusan dengan AmanahRaya Berhad, cawangan Johor Bahru. Saya doakan agar AmanahRaya Berhad akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada Agama, Masyarakat dan Negara dengan sebaik-baiknya.
~ Hjh. Ramiah Binti Embong, 28 April 2010
Saya selaku waris kepada Allahyarhamah Hamibah binti Hashim dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan bantuan yang telah puan berikan sepanjang proses urusan tuntuan wang simpan Amanah Saham Bumiputera milik Allahyarhamah.

Kerjayaan memperolehi tuntutan ini dalam masa yang singkat tidak mungkin akan tercapai tanpa komitmen dan daya usaha gigih puan khususnya dan AmanahRaya amnya. Denga Kelolaan awal puan di AmanahRaya, telah menunjukkan satu lagi peningkatan kualiti perkhidmatan terhadap pelanggan.
~ Sapper Razif bin Hayat, 22 April 2010
Satu hadiah cenderahati keraf tangan daripada Puan Rohani untuk Puan. Saya minta maaf pada Puan sebab saya tidak pasti nama puan. Sekian terima kasih.
~ Rohani, 12 April 2010
I alas wish to express my sincerely thanks to Puan Herlina Abdul Halim for her helpfulness and assistance tendered to our family.
~ Khoo Siew Bee, on behalf of the family of Late Khoo Khay Beng, 1 April 2010
To AmanahRaya Melaka,

On behalf of my sister, Chow Poh Chan, I wish to express my heartily thank to AmanahRaya in resolving the claim on the funeral expenses of Kam Chun Wah.

Over the period, I find the staff of AmanahRaya very friendly, cooperative and helpful, in particular, Encik Shukor who has spent much time in resolving this case.

A big thank you and keep up the good work, AmanahRaya
~ Chow Yoon Wah, 19 March 2010
Saya Sarasvathi A/P Letchmanon ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Zuzana kerana membantu saya dalam process harta pusaka adik lelaki saya.

Berharap dan berdoa agar Puan Zuzana selamat dalam kehidupan.
~ Sarasvathi A/P Letchmanon, 17 March 2010
Dear Puan Mawaddah Aminuddin, Care & Management Department,

I wish to thank you for your kindness when you personally had taken the painstaking efforts in helping to find the centre for my brother. He had admitted for 11 days. He is now mentally and physically settled. I appreciate you very much.
~ Yoong Chock Wah, 5 March 2010
I am very grateful to you for all the help you render to me. Your kindness and assistance, when I am upset you console me. I appreciate it very much.
~ Yoong Chock Wah, 5 March 2010
Saya dan ibu sekali mengucapkan terima kasih kepada Encik Fazli sebab membantu dan melayan ibu, pegawai kaunter dan Amanah Raya Berhad kerana banyak membantu kami berdua. Semoga Amanah Raya Berhad akan lebih berjaya pada masa hadapan kerana membantu anak yatim seperti saya dan ibu tunggal. Semoga diberkati Allah S.W.T
~ Nurafiqah Maisarah Binti Mohaideen, 21 January 2010
I am a daugther of the deceased Sa'dah Binti Adan, would like to wish thank you very much to AmanahRaya Berhad on regards of helping to arrange the my late mother's properties.

Furthermore, thanks a million also to the person in-charge (En Zamri Abd Kadir) for his help on fast tracking my case that only take 5-6 months to follow up the case. I already received the payment and settle everything on 19/11/2009.

Lastly, highly appreciation to AmanahRaya Berhad.

Keep up the good work!
~ Hamizah Abdul Rani, 25 November 2009

 
 
 

© 2013 AmanahRaya. All rights reserved. | Sitemap | Terms & Conditions | Privacy Policy | AmanahRaya Intranet | Webmail