English | Bahasa Malaysia
 

Mengenai AmanahRaya


  
 

 
 
VISI  

Untuk terus unggul sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan profesional dalam bidang peramanahan dan pengurusan perwarisan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan tanggungjawab sosial

 
   
MISI  
  • Memastikan kecekapan dan keuntungan adalah setanding dengan syarikat peramanahan swasta yang lain.
  • Memastikan tahap perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan.
  • Mewujudkan suasana kerja yang mesra, warga kerja yang cekap, terlatih, bersemangat tinggi dan berdaya saing semasa melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan dalam masa yang ditetapkan.
  • Berusaha untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru selaras dengan perubahan kehendak pelanggan.
  • Ke arah memantapkan keupayaan, meningkatkan imej dan seterusnya mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam pentadbiran peramanahan dan pengurusan perwarisan.
 
 
 

 

 
 
NILAI-NILAI BERSAMA AMANAHRAYA  
  • Ilmu
    • Mendalami ilmu berkaitan produk dan perkhidmatan dalam bidang berkaitan untuk mendapatkan hasil yang cemerlang secara cekap dan berkesan
  • Amanah
    • Menghargai kepercayaan pelanggan dengan menjalankan tugas secara adil, jujur dan ikhlas
  • Bangga
    • Berbangga bersama AmanahRaya dan produk serta perkhidmatannya
  • Kerja Berpasukan
    • Semua pihak menggembeling usaha untuk mencapai matlamat AmanahRaya
  • Kecemerlangan Khidmat Pelanggan
    • Sentiasa menawarkan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan
 
 
 

 

 
 
FALSAFAH KORPORAT

Menekankan sifat bertanggungjawab dan ketelusan sebagai Perbadanan Perkhidmatan Awam dengan cara mengimbangi tanggungjawab sosial dengan fungsi statutori dan komersial secara berterusan.

 
 


 

 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail