English | Bahasa Malaysia
 

Mengenai AmanahRaya


  
 

 
Amanah Raya Berhad dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka ditubuhkan pada 1921 dan dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. AmanahRaya adalah syarikat milik penuh kerajaan dengan pegangan saham sebanyak 99.99% oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan 0.01% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Berbekalkan pengalaman dan kepakaran selama lebih 90 tahun dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, AmanahRaya kini muncul sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang mampu mengurus aset secara profesional.

Selain daripada Peramanahan Korporat, AmanahRaya menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meliputi Pentadbiran Harta Pusaka berwasiat dan tidak berwasiat, Penulisan, Penyimpanan & Pelaksanaan Wasiat serta Pengurusan pelbagai Akaun Amanah bagi kepentingan benefisiari tertentu mengikut hasrat pelanggan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh AmanahRaya sentiasa memberi jaminan kewangan yang optimum kepada semua benefisiari serta ahli waris yang berhak. AmanahRaya mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia yang lengkap dengan kakitangan profesional dan berkredibiliti bagi memastikan pengurusan perkhidmatan kepada pelanggan dapat diurus tadbir dengan efektif dan profesional. Ibu pejabat AmanahRaya terletak di;

Wisma AmanahRaya,
No. 2, Jalan Ampang,
50508 Kuala Lumpur.

 

 

 

 
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail