English | Bahasa Malaysia
 

Tanggungjawab Sosial Korporat


  
 

 

Memasyarakatkan syarikat merupakan tunggak yang menjadi landasan kepada AmanahRaya bagi membentuk budaya yang dapat membantu mengurangkan beban kesusahan golongan yang memerlukan serta memberi sokongan kepada individu dan organisasi berkaitan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti sosial, kebajikan dan komuniti.

Sumbangan yang disalurkan oleh AmanahRaya adalah sama ada dalam bentuk wang tunai, keperluan asas, kelengkapan hidup, khidmat nasihat atau khidmat sukarela. Ini merupakan langkah untuk memastikan sokongan yang diberikan adalah berterusan dan dapat diserahkan dan dimanfatkan terus oleh golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, AmanahRaya telah menganjurkan serta menyertai banyak program kebajikan dan komuniti yang merangkumi pelbagai aspek pembangunan masyarakat seperti bantuan kepada golongan kurang upaya (OKU), keluarga miskin, pembangunan pendidikan, sukan, kesihatan dan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan.

 
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail