English | Bahasa Malaysia
 

Tanggungjawab Sosial Korporat


  
 

 

Melalui konsep Pusat Penyelesaian Setempat dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan, AmanahRaya menjalankan perniagaan dengan penuh komitmen, profesional dan melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan.

Kesemua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AmanahRaya disampaikan kepada pelanggan dengan penuh integriti dan selaras dengan pensijilan MS ISO 9001:2008.

AmanahRaya memastikan perniagaan dikawal selia dan berteraskan;

  • Sistem Kewangan yang telus
  • Tadbir Urus Korporat yang baik
  • Keyakinan Pelabur
  • Hubungan baik dengan pelanggan
  • Hubungan baik dengan pembekal

Mengaplikasikan Polisi Sebagai Amalan

Melalui penekanan dan pelaksanaan polisi dalam melaksanakan urusan perniagaan, AmanahRaya berjaya;

  • Mengekalkan hubungan baik dengan pemegang kepentingan
  • Bekerjasama dengan pembekal yang berkualiti
  • Mempunyai hubungan baik dengan pelabur dan pelanggan
  • Mengekalkan hubungan antarabangsa dan sumber dalam Negara
  • Mengekalkan hubungan baik dengan komuniti Kewangan Islam
  • Menjalin pakatan strategik dan perjanjian kerjasama
 
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail