English | Bahasa Malaysia
 

Tanggungjawab Sosial Korporat


  
 

 

Kesungguhan AmanahRaya dalam membangunkan warga kerja, adalah seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan terlatih agar lebih berdaya saing di peringkat global.

Sehubungan itu, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia di AmanahRaya dibangunkan menepati standard kualiti setanding norma-norma antarabangsa dan diuruskan secara sistematik melalui pelaksanaan perkara-perkara berikut;

  • Ketelusan dalam Sistem Laporan
  • Penilaian, Pemantauan dan Pengukuran Prestasi
  • Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Kod Etika
  • Polisi Pengiktirafan dan Ganjaran
  • Polisi Pemantauan Kepuasan Pekerja

Dalam persekitaran tempat kerja, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja merupakan fokus utama AmanahRaya, manakala bagi pembangunan modal insan, penekanan diberikan kepada pengukuhan kemahiran dan hubungan di antara warga kerja.

Kesihatan & Keselamatan
Persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat dapat menyediakan tempat kerja yang kondusif dan boleh menjadi motivasi kepada pekerja bagi menyumbang hasil kerja yang optimum, berproduktiviti tinggi serta meningkatkan keperibadian dan kepuasan diri.

Pembangunan Sumber Manusia
Warga kerja diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Pensijilan, Diploma, Ijazah dan Sarjana. Selain itu, bagi membangunkan modal insan yang berkarisma, AmanahRaya juga menghantar warga kerja bagi mengikuti latihan profesional, seminar serta bengkel-bengkel berkaitan.

 
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail