English | Bahasa Malaysia
 

Penyelesaian Peribadi


  
 

 
Apa itu Akaun Amanah

Perkhidmatan Peramanahan meliputi pentadbiran Akaun Amanah iaitu akaun yang dibuka oleh orang perseorangan atau badan korporat (penderma) bagi manfaat Benefisiari tertentu dengan melantik AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah melalui Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Surat Ikatan Amanah

‘Surat Ikatan Amanah’ adalah dokumen yang mengandungi terma-terma yang telah dipersetujui dan AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah yang berkaitan Akuan Amanah yang dibuka.

Kepentingan Akaun Amanah

  • Akaun Amanah penting bagi memastikan Benefisiari dilindungi di sisi undang-undang dan terpelihara daripada masalah yang membebankan mereka di kemudian hari.
  • Akaun Amanah juga tidak termasuk dalam harta pusaka yang diagihkan menurut Hukum Faraid (bagi yang beragama Islam) dan Akta Pembahagian 1958 (bagi yang bukan beragama Islam).
  • Penderma dapat memperuntukan sebahagian harta yang diamanahkan kepada mana-mana Benefisiari yang dikehendaki untuk tujuan tertentu mengikut kehendaknya.
  • Pembentukan Akaun Amanah adalah mengikut undang-undang dan tidak boleh dipertikaikan.
  • Melindungi Benefisiari terutamanya Benefisiari bawah umur atau orang kurang upaya atau cacat akal dengan pelantikan AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah bagi Akaun Amanah tersebut.
 
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail