English | Bahasa Malaysia
 

Penyelesaian Peribadi


  
 

Penulisan Wasiat

AmanahRaya mempunyai kepakaran dalam Penulisan Wasiat mengikut undang-undang dan memenuhi keperluan syarak (bagi yang beragama Islam). Penulisan wasiat merupakan salah satu mekanisma perancangan perwarisan harta yang menzahirkan keinginan seseorang terhadap strategi pengagihan harta yang dimiliki.

Klausa Penting Dalam Wasiat

  • Nasihat dan pesanan yang baik kepada suami atau isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
  • Nama isteri atau suami, anak-anak dan waris yang layak.
  • Pengisytiharan harta dan hutang yang dimiliki.
  • Arahan untuk melunaskan segala hutang.
  • Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau untuk tujuan kebajikan.
  • Pelantikan Wasi, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur atau orang kurang upaya dan cacat akal.
  • Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.

Dokumen Wasiat mesti ditandatangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh;

Wasiat Islam: Dua (2) orang saksi lelaki atau seorang (1) saksi lelaki dan dua (2) orang saksi perempuan atau empat (4) orang saksi perempuan.
Wasiat bukan Islam Dua (2) orang saksi lelaki atau perempuan.
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail