English | Bahasa Malaysia
 

Penyelesaian Peribadi


  
 

 
Apa itu Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat

Wasiat Islam

  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

Wasiat Bukan Islam

  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.

 

Mudah, Cepat dan Berpatutan

AmanahRaya menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas atau bagi negeri Sabah, 21 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.

 
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail