English | Bahasa Malaysia
 

Berita


  
 

AmanahRaya Lancar Bulan Integriti & Majlis Menandatangi Perjanjian Kerjasama Strategik Antara AmanahRaya & Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
8 Julai 2010

Kuala Lumpur, 8 Julai 2010 - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini melancarkan sambutan Bulan Julai sebagai Bulan Integriti AmanahRaya dan majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara AmanahRaya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantapkan lagi nilai dan budaya integriti di AmanahRaya.
Pelancaran Bulan Julai sebagai Bulan Integriti AmanahRaya ini adalah inisiatif berterusan pihak pengurusan untuk memastikan budaya & semagat ini menjadi budaya AmanahRaya.

Tema sambutan tahun ini adalah “Pengukuhan Integriti Menyumbang  Kepada Kecekapan Perkhidmatan AmanahRaya”  yang memberi tumpuan khas kepada memartabatkan budaya integriti bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kecemerlangan perkhidmatan kakitangan AmanahRaya . 

Pemartabatan budaya integriti  ini  juga akan  mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap AmanahRaya. Pelbagai aktviti telah, sedang dan akan dijalankan bagi tujuan memartabatkan budaya integriti ini termasuk program dan kursus kesedaran integriti, kuiz integriti online, pertandingan menulis esei integriti dan sudut integriti.

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Dato’ Ahmad Rodzi Pawanteh dalam ucapannya mengesa warga kerja AmanahRaya agar menyemai semangat dan budaya integriti itu sepanjang masa.

"Pelancaran menjadikan Bulan Julai sebagai bulan Integriti AmanahRaya ini merupakan satu lagi usaha berterusan kami untuk memartabatkan dan memantapkan semangat  dengan mengekalkan komitmen serta menjunjung nilai-nilai integriti di di kalangan kakitangan AmanahRaya sepenuhnya.

"Semoga dengan pelancaran Bulan Integriti ini, nilai dan budaya integriti  akan terus hidup , dipupuk dan dikembangkan, bukan sahaja sepanjang bulanJulai tetapi juga selama berkhidmat di Amanahraya .  Kami juga mengharapkan nilai-nilai ini akan dijadikan budaya diri sehingga akhir hayat,” katanya pada majlis tersebut.

Majlis bersejarah itu telah dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato’ Sri Hj Abu Kassim Mohamed.  Turut hadir adalah wakil-wakil daripada Institut Integriti Malaysia.

Pada majlis tersebut juga  Ahmad Rodzi mengetuai kira-kira 130 kakitangan AmanahRaya dari pelbagai jawatan, jabatan serta anak syarikat melafazkan Ikral Integriti yang  membuktikan komitment mereka membudayakan nilai integri dalam kehidupan dan tugas seharian.  Ikrar ini juga turut dilafazkan serentak di semua 18 Cawangan AmanahRaya

Bagi memastikan kesinambungan nilai integriti itu, satu perjanjian perkongsian strategik antara AmanahRaya dengan SPRM turut dimertai hari ini.  Dengan perjanjian tersebut, SPRM akan membantu AmanahRaya memantapkan  lagi nilai dan budayai integriti mengikut piawaian yang ditetapkan.

Lanjutan daripada perjanjian itu, satu jawatankuasa yang diwakili kedua-dua pegawai SPRM dan AmanahRaya akan ditubuhkan bagi memantau segala cadangan dan pindaan dalam polisi berkaitan etika bagi mencapai tahap piawaian nilai integriti yang tinggi dikalangan kakitangan AmanahRaya. Dengan perjanjian ini, AmanahRaya akan mendapat faedah dari segi bantuan kepakaran dan pengalaman SPRM dalam aktiviti pengurusan integriti.

 

 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail