English | Bahasa Malaysia
 

Penyelesaian Peribadi


  
 

 

Pengenalan

Berbekalkan pengalaman dan kepakaran selama lebih 85 tahun dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, AmanahRaya kini muncul sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang mampu menguruskan aset secara profesional. Selain daripada peramanahan Korporat, AmanahRaya turut menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meliputi Pentadbiran Harta Pusaka berwasiat dan tidak berwasiat, Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat serta pengurusan pelbagai Akaun Amanah bagi kepentingan benefisiari tertentu mengikut hasrat pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan oleh AmanahRaya sentiasa memberi jaminan kewangan yang optimum kepada semua benefisiari serta ahli waris yang berhak.

Perancangan dan Pengurusan Perwarisan di AmanahRaya

Perancangan dan pengurusan perwarisan lazimnya dipandang remeh oleh masyarakat. Ada yang beranggapan, perancangan dan pengurusan perwarisan hanya sesuai bagi individu berpendapatan tinggi, berharta dan lanjut usia. Persepsi ini menimbulkan pelbagai masalah yang membawa kepada kesulitan berpanjangan tanpa kesudahan. Oleh sebab itu seluruh ahli masyarakat perlu memahami dengan jelas konsep perancangan dan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah pengurusan harta daripada terus berlarutan.

Perancangan dan pengurusan perwarisan merangkumi pengurusan harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan yang dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Perancangan dan pengurusan perwarisan harus dibuat dengan bijak dan teliti. Proses perancangan harta bukan sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi dengan baik tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya.

AmanahRaya menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam Perancangan dan Pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara, terjamin dan dilindungi secara profesional. Sebagai syarikat peramanahan yang terulung di Malaysia, AmanahRaya sedia membantu menyelesaikan kesulitan anda.

 

 
 
 

© 2013 AmanahRaya. Hak cipta Terpelihara. | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Polisi | Intranet AmanahRaya | Webmail